Senin, 03 Desember 2012

MENGATASI NAFAS YANG BERBAU




Halitosis/Nafas Berbau


Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan. Kebiasaanya nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun tidur.

Tanpa disedari cara kita berkomunikasi sebenarnya merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi penampilan diri bagi setiap individu.Lebih penting lagi, komunikasi yang menggunakan pertuturan banyak hubungkait dengan status kesihatan dan penjagaan kebersihan diri seseorang.
.
Namun, kurangnya penekanan dalam kedua-dua aspek berkenaan boleh menyebabkan orang lain menjauhkan diri tanpa kita sedari punca sebenarnya.
.
Masalah mulut berbau atau halitosis yang dihidapi oleh sesetengah individu yang dibiarkan berterusan ini boleh mengganggu kehidupan sosial individu terbabit.
.
Malah, secara tidak langsung ia merupakan satu keadaan yang mencerminkan diri seseorang. Penyakit halitosis merupakan suatu keadaan patofisiologi dari seorang tubuh manusia yang hidup dari rongga mulut mereka dapat dikesan beberapa hiduan bau yang berbeza-beza. Bau yang dikeluarkan ini, kebanyakannya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti corak, tahap dan liku-liku kehidupan yang berbeza. Ia merupakan satu keadaan di mana wujudnya sesuatu bau yang tidak menyenangkan dikeluarkan melalui rongga mulut seseorang akibat beberapa aspek klinikal.
.
Contohnya seperti reaksi metabolisme saluran pencernaan, keadaan dalaman paru-paru atau terdapatnya aktiviti kuman bakteria di dalam tisu rongga mulut individu terbabit.Pada keadaan normal rongga mulut seseorang akan mengeluarkan bau yang berbeza-beza mengikut tempoh waktu tertentu dalam kehidupan seharian seseorang. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan di mana mulut seseorang itu berbau seperti faktor jantina, umur dan keadaan individu tersebut.
.
Biasanya, kebanyakan individu ketika baru bangun pada waktu pagi, rongga mulut akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.Keadaan ini berlaku kerana, proses putrefaction (pereputan dan berbau busuk) dari sisa makanan dan rembesan air liur semasa tidur dan kurangnya aktiviti dari lidah.Bagaimanapun, proses ini bertambah semakin serius sekiranya kesihatan gigi tidak diberi perhatian, pada masa yang sama berlakunya proses dehidrasi iaitu tisu tubuh kehilangan banyak kandungan air.Keadaan menjadi bertambah semakin serius, sekiranya individu terbabit menghidap penyakit-penyakit sistemik yang lain.

Pelbagai kajian dan penyelidikan untuk mengukur kadar atau insiden masalah mulut berbau dilakukan.Namun, hingga kini ia hanya merupakan sesuatu yang bersifat subjektif dan masih dalam proses penyelidikan. Pada umumnya, bau mulut daripada seorang kanak-kanak terutama yang baru lahir diterima sebagai bau mulut yang sangat menyegarkan.
.
Bagaimanapun, dengan peningkatan umur dan memasuki usia dewasa bau mulut akan bertukar menjadi masam. Biasanya seseorang hanya menyedari mereka mempunyai masalah mulut berbau masam hanya apabila diberitahu atau dimaklumkan kepadanya semasa dia bernafas atau bercakap di khalayak umum. Keadaan ini sering memalukan dan lambat diketahui kerana kepekaan terhadap bau mulut adalah sesuatu yang subjektif. Bagaimanapun, secara umum masalah mulut berbau ini bergantung kepada penerimaan bau tersebut oleh individu lain.
.
PUNCA MULUT BERBAU

1. Jangkitan bakteria anaerobik.
2. Penjagaan gigi yang kurang sistematik.
3. Ubat-ubatan yang berasaskan dadah dan streroid.
4. Tabiat tidur berdengkur.
5. Jangkitan pada gigi.
5. Makanan melekat di celah-celah gigi.
6. Bau nafas ketika bangun tidur.
7. Masalah pergigian seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi palsu tidak bersih dan ulser mulut.
8. Mulut kering.
9. Tabiat merokok atau meminum alkohol.
10. Penyakit saluran pernafasan (farinks, larinks dan paru-paru).
11. Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).

Penyakit sistemik atau kelainan yang dideritai oleh seseorang boleh menimbulkan keadaan mulut berbau yang menunjukkan seseorang mungkin menghidap kencing manis atau diabetic ketosis. Mereka yang menghidap penyakit ini boleh terhidu bau acetone iaitu satu bau aromatik yang boleh dikatakan agak selesa atau manis.
.
Bau ini, biasanya mudah dan dapat dikesan dari tepi katil seseorang pesakit diabetes sama ada oleh pakar perubatan atau doktor pergigian.Jangkitan bakteria yang tidak sesuai pada udara dan tisu peridontium (gusi) dari rongga mulut merupakan faktor utama mulut berbau.
.
Bakteria ini, berkumpul, berkembang dan membiak kerana beberapa faktor seperti penjagaan gigi yang kurang rapi dan tidak teratur menyebabkan pembentukan plak mudah berlaku. Plak atau jisim kumpulan sisa makanan, gagasan bakteria dan hasil rembesan air liur merupakan suatu unsur yang menyebabkan rongga mulut berbau busuk. Ketiga-tiga faktor ini kemudiannya, mengalami proses pengapuran kalsifikasi yang menghasilkan medium untuk pertumbuhan bakteria yang merosak struktur gigi dan tisu gusi.
.
Justeru, amalan berkumur setiap kali selepas selesai makan banyak membantu dalam penjagaan kebersihan gigi dan tisu rongga mulut. Kurangnya penjagaan kebersihan gigi dan tisu mulut sama ada di rumah atau kunjungan ke klinik pergigian boleh menyebabkan kerosakan pada tisu gusi.
.
Di samping itu wujudnya saku pada gusi yang melekat pada leher gigi memudahkan berlakunya penyumbatan dan penyimpanan sisa makanan antara leher dan celah akar gigi. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan, mulut bukan sahaja berbau malah tisu periodontium akan rosak, akibatnya gigi akan terkeluar dengan sendirinya kerana ketiadaan tisu pendukungnya. Tabiat ini juga mempunyai banyak hubung kaitnya dengan jangkitan atau radang pada struktur gigi dan tisu pendukung yang menyebabkan mulut berbau.
.
Penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh menyebabkan mulut seseorang berbau.Rawatan penyakit herpes labialis atau dikenali sebagai penyakit pecah-pecah ulser pada bahagian pinggiran dan sudut rongga mulut yang menggunakan ubat dimethyl sulphoxide sebagai salah satu ubat yang menyebabkan mulut berbau.
.
Secara umumnya, tabiat tidur berdengkur menyebabkan mulut menjadi kering. Secara tidak langsung ia memudahkan berlakunya radang dari virus dan bakteria pada mukosa mulut. Ia mempunyai hubungan dengan keadaan fisiologi tubuh semasa seseorang tidur nyenyak atau dalam keadaan berehat, kadar pengeluaran air liur dari kelenjar air liur di muka dan leher menjadi sangat minimum. Pada fasa premenstruasi (sebelum haid) dan semasa haid rongga mulut akan mengeluarkan bau.
.
Bau yang dikeluarkan mulut pada fasa ini dikaitkan dengan bau mousey atau gumpalan darah yang sedang mengalami proses mati (decaying blood). Bau mulut jenis ini masih dalam penyelidikan pakar-pakar perubatan untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya ia memberi daya tarikan pada kaum lelaki.Namun, hingga kini penyelidikan yang dijalankan ke atas haiwan sahaja berjaya.
.
Ozaena merupakan suatu istilah khusus untuk bau dari suatu penyakit rongga hidung atau rhinitis yang sangat serius tetapi insidennya terlalu jarang dilaporkan.Pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya akan mengalami radang pada membran mukosa yang melapisi rongga hidung. Akibat proses ini, membran tersebut akan mengalami proses atropi iaitu suatu keadaan patofisilogi dari sel, di mana sel tersebut mengecil dari ukuran asalnya. Keadaan ini secara tidak langsung mengeluarkan suatu jenis cairan rembesan hidung yang tebal dan kental.
.
Kesannya, ia akan menyebabkan bau yang dikeluarkan pada mulut terlalu busuk.Pada keadaan yang ekstrim, individu yang menderita psychogenic (pesakit yang menderita sakit jiwa) turut menderita halitosis, namun hakikatnya masalah tersebut tidak wujud.
Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Petua berikut dapat membantu mengurangkankan nafas anda berbau :

PENJAGAAN KESIHATAN MULUT:
.
1. Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan memberus gigi selepas memakan makanan.
2. Membersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper.
3. Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut.
4. Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
AWASI DIET:

1. Meminum banyak air dan kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat.
2. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran segar berserat.
3. Kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula.
4. Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau meminum alkohol.

RAWATAN DIKUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK
Jika anda mengalami masalah penyakit halitosis atau nafas berbau atau penyakit yang berkaitan pernafasan, kami di Kumpulan perubatan Elektronik mempunyai kod-kod gelombang yang mampu memperbaiki kerosakann saraf mulut, kerongkong, tekak, pernafasan, penghazaman dan usus sehingga ia berfungsi seperti sediakala



Artikel Terkait:

Pesan Untuk Pengunjung

Jangan lupa sholat, beramal sholeh, dan zakat - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Ilmu tidak bisa di dapat dengan badan yang santai

link otomatis