Senin, 03 Desember 2012

PENYAKIT HIV




HIV/AIDS

APA ITU HIV
HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus iaitu kurang daya tahan melawan penyakit.
HIV merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan kanser. Kuman virus ini juga boleh menyebabkan kerosakan daya tahan tubuh secara perlahan-lahan.

APA ITU HIV POSITIF
HIV positif ialah apabila seseorang itu telah disahkan mempunyai virus HIV dalam tubuh mereka tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit serta boleh merebakkan kepada orang lain.

Individu yang menunjukkan HIV positif digelar Pembawa HIV. Pembawa HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti orang biasa untuk satu jangkamasa yang panjang (5 - 10 tahun).

BAGAIMANA VIRUS HIV BOLEH MELEMAHKAN SISTEM DAYA TAHAN TUBUH
Virus HIV memerlukan sel-sel daya tahan tubuh untuk berkembang biak. Biasanya, sel-sel daya tahan tubuh akan membiak laksana mesin fotostate.

Namun, virus HIV yang ada di dalam badan seseorang itu akan merosak dan mengambil alih fungsi mesin fotostate sel-sel daya tahan tubuh setelah memperoleh hasil fotostate virus baru dalam jumlah yang cukup banyak.

Sel-sel HIV akan berkembang biak laksana mesin fotostate dan lama-kelamaan sel daya tahan tubuh menjadi lemah dan berkurangan.

DI MANAKAH VIRUS HIV ITU BERADA
Virus HIV berada dan sangat aktif terutama dalam cecair yang ada di tubuh manusia. Cecair yang paling menyebabkan virus HIV aktif ialah darah, cecair air mani, cecair vagina dan air susu ibu. Manakala cecair yang tidak berpotensi untuk virus HIV hidup dan aktif ialah cecair seperti peluh, air liur, air mata dan sebagainya.

BAGAIMANA VIRUS HIV BERFUNGSI
Untuk mengetahui bagaimana virus HIV berfungsi, seseorang itu perlu juga mengetahui bagaimana sistem kekebalan tubuh bekerja.

Sistem kekebalan tubuh berfungsi sebagai mempertahankan tubuh terhadap jangkitan kuman. Sistem ini terdiri dari pelbagai jenis sel. Dari sel-sel tersebut sel T-helper sangat penting kerana ia mengkoordinasi semua sistem kekebalan sel yang lain. Sel T-helper memiliki protein pada permukaannya yang dipanggil CD4.

Virus HIV kemudian masuk ke dalam darah lalu menghampiri sel T-helper dengan melekatkan dirinya pada protein CD4. Sekali ia melekat pada protein CD4, RNA (ribonucleic acid) akan berubah menjadi DNA (deoxyribonucleic acid) dengan suatu enzim yang disebut reverse transcriptase, sehingga merosakkan bentuk asal DNA seorang penghidap HIV.

Virus HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 lalu mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan kuman.

Yang mana, akhirnya DNA yang rosak tadi akan bertambah banyak dan membentuk virus-virus HIV lalu melumpuhkan sistem kekebalan tubuh.

APA YANG DIMAKSUDKAN CD4

CD4 adalah sebuah marker atau petanda yang berada di permukaan sel-sel darah putih manusia, terutama sel-sel limfosit. Jika nilai CD4 seseorang itu menurun akibat dibunuh oleh virus HIV, menunjukkan sistem kekebalannya juga turut menurun dan sel-sel darah putih atau limfosit yang seharusnya berfungsi sebagai sistem pertahanan pula akan menjadi lemah.

Manakala jika sistem kekebalan tubuh seseorang itu baik, nilai CD4 di antara 1400-1500 sel/ml. Manakala jika sistem kekebalan tubuh seseorang itu terganggu, terutama penghidap HIV nilai CD4 semakin lama semakin menurun sehingga di bawah paras 200 sel/ml.

APAKAH FUNGSI CD4 

Sel yang mempunyai marker CD4 di permukaannya berfungsi untuk melawan pelbagai ancaman jangkitan kuman. Kuman-kuman ini ada di sekeliling kita dan boleh merebak melalui udara, gelombang, makanan atau minuman.

Oleh itu, antara fungsi CD4 ialah untuk melawan kuman-kuman jahat yang keluar masuk ke dalam badan manusia.

Jika CD4 berkurangan, mikroorganisma di sekitar kita akan mudah bersarang di dalam tubuh kita sehingga organ menjadi lemah dan akhirnya kita mendapat sesuatu penyakit.

FASA PERKEMBANGAN PENGHIDAP HIV
1. SEROCONVERTIONDi mana, penghidap HIV tidak menyedari bahawa mereka sudah dijangkiti virus HIV.

2. FASE ASYMPTOMATICDi mana, tiada gejala yang kelihatan. Namun, virus HIV tetap aktif di dalam tubuh.

3. FASE SYMPTOMATICDi mana, seseorang penghidap virus HIV mulai merasa tidak sihat dan simptom HIV mulai kelihatan.

4. AIDSYang bermaksud kumpulan penyakit yang disebabkan oleh virus HIV, adalah fasa akhir dan kadar CD4 dalam tubuhnya kurang dari 200 sel/ml.

VIRUS HIV BOLEH DIPINDAHKAN MELALUI
1. Hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti dengan pelacur atau dengan berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
2. Menerima darah yang telah dicemari atau hasilan darah daripada orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.
3. Melalui ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya sebelum, semasa atau selepas bersalin.

SESEORANG ITU TIDAK DIJANGKITI HIV MELALUI
1. Berpegang tangan dan bersalaman.
2. Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
3. Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.
4. Melalui makanan atau minuman.
5. Ciuman atau pelukan.
6. Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
7. Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
8. Berkongsi buku (sekolah).
9. Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas.

APA ITU AIDS
AIDS merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan telah dilumpuhkan. Pelbagai tanda dan gejala penyakit seperti kandidiasis, kayap, jangkitan paru-paru, kanser akan wujud dan berkemungkinan berakhir dengan kematian.

AIDS, bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.

ACQUIRED, bermaksud jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu lain dan bukan daripada keturunan.

IMMUNO, bermaksud keupayaan semulajadi badan dalam melawan jangkitan kuman jahat.

DEFICIENCY, bermaksud kurang atau lemah.

SYNDROME, bermaksud gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala.

TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS
1. Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu.
2. Cirit-birit berlarutan.
3. Demam yang berpanjangan.
4. Batuk-batuk yang berterusan.
5. Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.
6. Barah kulit (Kaposi's Sarcoma).
7. Penyakit herpes simplex (sejenis kayap) merebak dan berulangan.
8. Jangkitan Paru-Paru (Pneuomonitis dan pneumonia)
9. Sejenis protozoa (parasit yang menyebabkan penyakit) boleh menyebabkan kematian 10-30% pesakit jika tidak dirawat.
10. Pembengkakan pada nodus limfa dan hati.
11. Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.

BAGAIMANA HIV MENJADI AIDS
TAHAP PERTAMA (WINDOW PRERIOD)
1. Virus HIV masuk ke dalam tubuh sehingga mengambilalih fungsi antibody.
2. Walaupun virus HIV sudah merebak ke dalam tubuh, namun tiada tanda khusus dan zahirnya ia kelihatan sihat.
3. Ketika melakukan ujian darah, keputusannya masih lagi negatif.

TAHAP KEDUA (HIV POSITIF TANPA GEJALA)1. Virus HIV mulai berkembang biak dalam tubuh.
2. Ketika melakukan ujian darah, keputusannya mulai positif.

TAHAP KETIGA (HIV POSITIF DENGAN GEJALA)1. Sistem kekebalan tubuh semakin menurun.
2. Mulai timbul gejala jangkitan kuman seperti pembengkakan pada kelenjar limfa di seluruh tubuh, cirit-birit, batuk dan selesema berpanjangan.

TAHAP KEEMPAT (AIDS)1. Keadaan kekebalan daya tahan tubuh melawan penyakit semakin lemah iaitu di bawah paras 200 sel/ml.
2. Menghidap pelbagai jenis penyakit lain yang semakin parah.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK
HIV dan AIDS adalah antara penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit yang sangat berbahaya, maka perawatannya juga memerlukan penjagaan yang rapi dan kesabaran yang tinggi. Bahkan ia memerlukan kesabaran sehingga 1,000%.

Oleh kerana Virus HIV menyerang sel darah putih jenis CD4 dan membuat salinan DNA yang dijangkiti Virus HIV di dalam sel CD4, lalu salinan Virus HIV tersebut keluar dan menyerang sel-sel lain, maka antara rawatan utama yang dijalankan di Kumpulan Perubatan Elektronik ialah memusnahkan virus HIV dan menambahbaik serta meningkatkan sel darah putih jenis CD4.

Cara Perubatan Elektonik memusnahkan Virus HIV yang ada dalam tubuh pesakit ialah dengan mengambil specimen darah pengidap HIV supaya pihak kami dapat mengkodkan darah HIV tersebut menggunakan alat terkini yang dikenali sebagai ‘OPAM MACHINE’ melalui proses perbantaian molukel sehingga ia menjadi penawar dalam bentuk gelombang elektromagnetik yang begitu halus, laju dan kuat.

Kemudian, penawar HIV dalam bentuk gelombang elektromagnetik tadi akan diproses dan dipertingkatkan potensinya sehingga 125,000 kali lebih halus dari nano serta 2,500 kali dari sel darah sehingga dapat menembusi sel-sel yang dijangkiti HIV yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan biasa.

Biasanya, penawar gelombang elektromagnetik yang berpotensi tinggi ini akan ditransfer dan diprogramkan ke dalam ubatan berbentuk tablet atau air supaya dapat dimakan oleh pesakit HIV sebanyak 3 kali sehari.

Cara gelombang elektromagnetik yang berpotensi tinggi ini berfungsi ialah apabila pesakit HIV memakan ubat anti HIV yang sudah diprogramkan tadi, penawar gelombang elektromagnetik yang dibekalkan akan dihantar ke sistem saraf tunjang atau central nerve system (satelit semula jadi ciptaan Allah S.W.T..

Seterusnya, central nerve system akan mengesan dan memancarkan gelombang penawar anti HIV ke dalam sel-sel tubuh sehingga dapat memusnahkan (antidote) gelombang asal virus HIV.
Apabila gelombang asal virus HIV musnah, secara automatiknya jisim (jasad) virus HIV juga turut termusnah.

Antara lain, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik juga mempunyai gelombang penawar elektromagnetik yang mampu menguatkan sel darah putih jenis CD4 dan mampu menghalang virus HIV terus merebak ke sel-sel lain.

Jika anda mengidap HIV atau AIDS dan datang membuat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik, biasanya kami akan mengambil specimen DNA anda seperti rambut, darah, air liur dan urin supaya kami dapat membuat ubat khusus kepada anda sehingga kerosakan DNA dan RNA anda benar-benar dapat dipulihkan.

Di samping itu, kami akan melakukan ‘Life Auto-Nosode’ yang sebaik-baiknya dilakukan selama 20 hingga 30 minit supaya kami dapat memancarkan penawar gelombang elektromagnetik yang berpotensi tinggi ke dalam tubuh anda secara langsung sehingga sistem imun dan sistem saraf tubuh anda benar-benar berfungsi kembali seperti biasa sebagaimana fitrah kejadian manusia.

Biasanya, kos rawatan pakej HIV dan AIDS berharga bermula dari RM3,500 sehingga sembuh. Pakej rawatan ini merangkumi ubat-ubatan dan rawatan ‘Life Auto-Nosode. Manakala ujian darah dan ujian CD4 pula tidak termasuk dalam pakej ini.

Setakat ini, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik Kuala Terengganu telah menerima 5 orang pesakit HIV dan 5 daripada mereka telah mengambil pakej di atas.

Walau bagaimana pun, bagi mereka yang tidak berkemampuan kos rawatan setiap bulan hanya RM 100.00 sahaja.








Artikel Terkait:

Pesan Untuk Pengunjung

Jangan lupa sholat, beramal sholeh, dan zakat - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Ilmu tidak bisa di dapat dengan badan yang santai

link otomatis