Senin, 03 Desember 2012

PENYAKIT MENTAL



Alzheimer



Menurut Barbara Hansen Lemme (1995), Alzheimer (disebut sebagai Altz-hi-merz) merupakan punca utama untuk dementia. Penyakit Alzheimer, iaitu sejenis penyakit mental tanpa penyebab yang jelas dan tiada penyembuhan yang khusus.
Alzheimer disebabkan berlakunya kemerosotan oleh neuron yang terdapat di dalam otak, terutamanya di hippocampus serta frontal dan temporal lobes di cerebal cortex. Tempat-tempat ini merupakan bahagian otak yang terlibat dalam kegiatan ingatan, bahasa dan kognitif.

Alzheimer juga merupakan sejenis penyakit "pelupa" yang kebiasaanya berlaku ke atas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

Penyakit ini adalah sejenis penyakit di mana seseorang itu gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling membantunya. Penyakit ini bukan sejenis penyakit "nyanyuk" tetapi ia tergolong dalam golongan penyakit nyanyuk (dementia). Antara ciri-ciri pesakit yang akan menghidap penyakit ini adalah:-

-Pertuturan menjadi lemah .
-Kewarasan kurang baik .
-Ingatan bertambah teruk .
-Perubahan personaliti.
-Tingkah laku .
-Pertimbangan .

Tanda-tanda Alzheimer

Antara tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit adalah:-

- Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati pekara yang baru sahaja pesakit itu lakukan dikategorikan sebagai peringkat sederhana Alzheimer.

- Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga, ia menandakan tahap ini adalah tahap pesakit di peringkat yang serius.

- Pesakit akan menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.

- Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas sekali pun.

Pesakit Yang Berisiko Mendapat Alzheimer

Antara pesakit yang berisiko mendapat penyakit Alzheimer ialah:-

- Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi (darah tinggi) apabila mencecah usia 40 tahun ke atas.
- Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis .
- Orang yang kurang melakukan senaman.
- Paras kolesterol dalam badan yang tinggi.
- Faktor keturunan.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUNBATAN ELEKTRONIK

Antara penyakit mental di usia lanjut adalah seperti nyanyuk (dimentia) dan kemurungan (stress). Penyakit dimentia pula terbahagi kepada dua iaitu Penyakit Alzheimer dan meracau (Delirium).

Dementia merupakan kemerosotan fungsi intelektual dari segi pemikiran, kognitif dan pengingatan yang mengganggu kehidupan seseorang. Dementia juga merupakan satu masalah untuk orang yang lanjut usia terutamanya di kalangan umur 65 tahun ke atas tanpa mengambil kira faktor kaum, bangsa dan latar belakang ekonomi.

Walaupun kebanyakan dementia menyerang dewasa pertengahan iaitu di kalangan umur 40-an hingga ke 50a-n, tetapi keadaan ini jarang berlaku. Mungkin disebabkan umur wanita secara puratanya lebih panjang daripada lelaki, dementia biasanya berlaku pada kaum wanita.

Anta Ciri-ciri lain Alzheimer ialah kehilangan ingatan (bermula dengan ingatan jangka masa pendek tetapi akhirnya melibatkan ingatan jangka masa panjang), Pengurangan kemahiran bahasa dan komunikasi, sukar untuk melaksanakan tugas harian, contohnya, mandi dan memakai pakaian.

Punca Alzheimer sukar untuk diketahui, tetapi ahli saintis membuat hipotesis penyakit ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu genetik, penyerangan virus, persekitaran yang bertoksin, biokimia dan sebagainya.

Kini, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik telah menemui penawar gelombang elektromagnetik (Anti Alzheimer) yang membantu memperbaiki neuron yang terdapat di dalam otak, terutamanya di hippocampus serta frontal dan temporal lobes di cerebal cortex.

Antara ubat yang dibekalkan ialah pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang mempunyai pelbagai kod tertentu yang mampu memperbaiki sistem psikologi, saraf, sistem tulang, sisitem otot, sistem limpatik, sistempernafasan, sistem penghadaman, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan, sistem endokrin, sistem pembiakan dan sistem otak.

Berkomunikasi dan menjaga orang yang mempunyai penyakit Alzheimer memerlukan kesabaran yang tinggi. Mereka yang sabar melayan karenah orang yang dihidap penyakit Alzheimer akan mendapat balasan syurga di akhirat kelak, Insya-Allah. Cadangan di bawah sangat berguna semasa berkomunikasi dengan mereka:

- Jangan menjerit.
- Jangan memberikan pesakit itu terlalu banyak pilihan.
- Tanya soalan secara berhati-hati.
- Jikalau anda ingin mengulangi sesuatu, gunakan perkataan atau ayat yang sama.
- Tunggu pesakit memberikan jawapan secara sabar, jangan tergesa-gesa untuk jawab diri.
- Bertutur secara perlahan.
- Jangan gunakan bahasa bayi atau kanak-kanak.
- Sebutkan nama pesakit dengan kerap.
- Sentuhan yang lembut pada tangan atau lengan boleh menenangkan emosi pesakit.

Oleh kerana penyakit Alzheimer merupakan penyakit berkenaan saraf, maka pesakit digalakkan mengamalkan Perubatan Elektronik selama enam bulan hingga setahun sehingga sistem saraf pulih secara semulajadi atau penyakit yang dihidapi benar-benar sembuh.




Artikel Terkait:

Pesan Untuk Pengunjung

Jangan lupa sholat, beramal sholeh, dan zakat - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Ilmu tidak bisa di dapat dengan badan yang santai

link otomatis