Senin, 03 Desember 2012

PENYAKIT HEMOFILIA



Hemofilia


Penyakit Hemofilia sebenarnya berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud haima yang berkaitan darah dan philia yang bermaksud cinta atau kasih sayang.

Hemofilia adalah suatu penyakit keturunan yang diturunkan dari ibu kepada anaknya semasa anak tersebut dilahirkan.

Darah pada seorang yang dihidap hemofilia tidak dapat membeku dengan sendirinya secara normal. Proses pembekuan darah pada seorang penderita hemofilia tidak berlaku dengan cepat seperti orang lain yang normal. Malahan, ia memerlukan waktu yang panjang untuk proses pembekuan jika ada pendarahan samada dalaman atu luaran.

HEMOFILIA A DAN B
Hemofilia A yang juga dikenali sebagai Hemofilia klasik, kerana Hemofilia jenis ini adalah yang paling banyak kekurangan factor pembekuan pada darah.
Hemofilia kekurangan Factor VIII; terjadi kerana kekurangan faktor 8 (Factor VIII) protein pada darah yang menyebabkan masalah pada proses pembekuan darah.

Hemofilia B yang juga dikenali sebagai Christmas Disease kerana di temui untuk pertama kalinya pada seorang yang bernama Steven Christmas berasal dari Kanada.

Hemofilia kekurangan Factor IX; terjadi kerana kekurangan faktor 9 (Factor IX) protein pada darah yang menyebabkan masalah pada proses pembekuan darah.

BAGAIMANA GANGGUAN PEMBEKUAN DARAH BOLEH TERJADI


Gangguan pembekuan darah boleh terjadi kerana jumlah pembeku darah jenis tertentu kurang dari jumlah normal, bahkan hampir tidak ada.

BEZA ORANG YANG MENGIDAP HEMOFILIAa. Ketika mengalami perdarahan, luka berlaku pada pembuluh darah (iaitu saluran tempat darah mengalir keseluruh tubuh), lalu darah keluar dari pembuluh.


b. Pembuluh darah akan mengerut dan mengecil.


c. Kepingan darah (trombosit) akan menutup luka pada pembuluh.


d. Kekurangan jumlah factor pembeku darah tertentu, mengakibatkan anyaman penutup luka tidak terbentuk sempurna, sehingga darah tidak berhenti mengalir keluar pembuluh.

BEZA ORANG NORMAL

a. Ketika mengalami perdarahan, luka pada pembuluh darah (iaitu saluran tempat darah mengalir keseluruh tubuh), lalu darah keluar dari pembuluh.

b. Pembuluh darah mengerut dan mengecil.


c. Kepingan darah (trombosit) akan menutup luka pada pembuluh.


d. Faktor-faktor pembeku darah bekerja membuat anyaman (benang-benang fibrin) yang akan menutup luka sehingga darah berhenti mengalir dari pembuluh darah.

PENGIDAP



Penyakit Hemofilia A atau B adalah suatu penyakit yang jarang ditemui. Hemofilia A terjadi sekurang-kurangnya 1 seorang di antara 10,000 orang. Hemofilia B lebih jarang ditemui iaitu seorang di antara 50,000 orang.
SIAPAKAH PENGIDAP HEMOPILIA

Penyakit Hemofilia tidak mengenal rupa, perbezaan warna kulit atau suku bangsa. Orang lelaki paling ramai menidap Hemofilia. Manakala kaum wanita akan benar-benar mengalami hemofilia jika ayahnya adalah seorang hemofilia dan ibunya adalah pembawa sifat (carrier).

SEJARAH HEMOFILIA

Sebenarnya, penyakit hemofilia telah ditemui sejak sekian lama yang ketika itu masih belum menemui nama khusus. Talmud, iaitu sekumpulan tulisan para rabbi Yahudi, 2 abad setelah masihi menyatakan bahawa seorang bayi laki-laki tidak harus disunatkan jika dua orang abang kandungnya mengalami kematian akibat disunatkan.

Seorang tabib Arab, Albucasis yang hidup pada abad ke 12 telah menulis tentang sebuah keluarga yang setiap anak lelakinya meninggal dunia setelah terjadi perdarahan akibat luka kecil.

Kemudian pada tahun 1803, Dr. John Conrad Otto, seorang doktor yang berasal dari Philadelphia menulis sebuah laporan mengenai perdarahan yang terjadi pada suatu keluarga tertentu saja. Ia menyimpulkan bahawa keadaan tersebut diturunkan hanya kepada orang lelaki.

Menurut ensiklopedia Britanica, istilah hemofilia (haemophilia) pertama kali diperkenalkan oleh seorang doktor berbangsa Jerman, Johann Lukas Schonlein (1793-1864), pada tahun 1928. Sepanjang hidupnya Schonlein berusaha menjadikan ilmu kedoktoran sebagai sebuah cabang ilmu pengetahuan alam.

Schonlein adalah seorang dekan fakulti perubatan di tiga universiti besar di Jerman Wurzburg (1824 - 1833), Zurich (1833 - 1830) dan Berlin (1840 - 1859).

Beliau adalah doktor pertama yang memanfaatkan mikroskop untuk melakukan analisa kimia terhadap urin dan darah untuk mendiagnosis sesuatu penyakit yang diderita seorang pesakit.

Hemofilia seringkali disebut dengan "The Royal Diseases" atau penyakit kerajaan. Ini kerana Ratu Victoria (1837 - 1901) adalah seorang pembawa sifat/carrier hemofilia. Manakala anaknya yang ke-lapan, Leopold adalah seorang hemofilia dan sering mengalami perdarahan. Keadaan ini di beritakan pada British Medical Journal pada tahun 1868. Leopold meninggal dunia akibat perdarahan otak pada saat ia berumur 31 tahun. Salah seorang anak perempuannya, Alice, ternyata adalah carrier hemofilia dan anak laki-laki dari Alice, Viscount Trematon, juga meninggal akibat perdarahan otak pada tahun 1928.

Hal terpenting dalam sejarah hemofilia adalah keberadaan penyakit tersebut di dalam keluarga kerajaan Rusia. Dua dari anak perempuan Ratu Victoria, Alice dan Beatrice, adalah carrier. Mereka menyebarkan penyakit hemofilia ke Spanyol, Jerman dan Keluarga Kerajaan Rusia.

Alexandra, cucu perempuan dari Ratu Victoria, berkahwin dengan Tsar Nicholas II, Kaisar Rusia, pada awal tahun 1900-an. Alexandra seorang yang telah menjadi Ratu Rusia, adalah seorang carrier hemophilia.

Manakala anak lelakinya yang pertama, Pangeran Alexei adalah penderita hemofilia. Nicholas dan Alexandra menaruh perhatian penuh terhadap masalah kesihatan anak mereka, pada saat itu Rusia sedang dalam keadaan kacau bilau.

Seorang biarawan Rusia, Rasputin, memperoleh keuntungan dengan pengaruhnya yang besar dalam lingkungan kerajaan Rusia. Ini kerana hanya dia satu- satunya yang dapat menolong sang Pangeran Muda. Ia menggunakan ilmu sihirnyanya untuk menghilngkan rasa sakit Alexei. Penggunaan ilmunya tidak hanya menghilangkan rasa sakit, tetapi juga dapat memperlambat dan menghentikan perdarahan Alexei. Penderitaan yang dialami pewaris tahta kerajaan Tsar, ketegangan yang terjadi di dalam keluarga kerajaan dan biarawan Rasputin yang gila kuasa menyebabkan terjadinya revolusi Rusia adalah faktor-faktor yang memicu munculnya Revolusi Rusia pada tahun 1917.

SEJARAH HEMOFILIA ABAD KE-20

Pada abad ke-20, pada saintis dan doktor terus mencari penyebab puncanya hemofilia. sehingga mereka percaya bahawa pembuluh darah dari penderita hemofilia mudah pecah. Kemudian pada tahun 1937, dua orang doktor dari Havard, Patek dan Taylor, menemukan pemecahan masalah pada pembekuan darah, iaitu dengan menambahkan suatu zat yang diambil dari plasma dalam darah. Zat tersebut disebut dengan "anti-hemophilic globulin".

Pada tahun 1944, Pavlosky, seorang doktor dari Buenos Aires, Argentina, telah menjalankan ujian yang hasilnya memperlihatkan bahawa darah dari seorang penderita hemofilia dapat mengatasi masalah pembekuan darah pada penderita hemofilia lainnya dan sebaliknya. Ia secara kebetulan telah menemukan dua jenis penderita hemofilia dengan masing-masing kekurangan zat protein yang berbeza - Faktor VIII dan Faktor IX. Dan hal ini di tahun 1952, menjadikan hemofilia A dan hemofilia B sebagai dua jenis penyakit yang berbeza.

Kemudian di tahun 1960-an, cryoprecipitate ditemui oleh Dr. Judith Pool. Dr. Pool menemukan bahawa pada endapan di atas plasma yang mencair mengandungi banyak Faktor VIII. Untuk pertama kalinya Faktor VIII dapat di masukkan pada penderita yang kekurangan, untuk menanggulangi perdarahan yang serius. Bahkan memungkinkan melakukan operasi pada penderita hemofilia.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK

Walaupun perubatan moden berpendapat bahawa penyakit Hemofilia adalah penyakit keturunan dan tidak ada penyembuhan, namu kami di Kumpulan Perubatan sangat yakin dengan sabda Nabi bahawa setiap penyakit ada penawarnya kecuali tua dan mati.

Oleh itu, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik telah menemui penawar khusus untuk penyakit Hemofilia. Di mana, ubat yang dibekalkan mampu menghasilkan hemoglobin yang normal, mampu membekukan darah jika berlaku pendarahan, mampu menguatkan fungsi organ dalaman serta mampu memperbaiki kerosakan DNA dan RNA.Oleh kerana ubat di Kumpulan Perubatan Elektronik mengandungi tenaga pancaran gelombang yang tinggi (125, 000 kali dari nano dan 2,500 kali dari sel darah) sehingga ia mampu menembusi sel-sel tubuh yang tidak mampu ditembusi oleh ubatan atau herba-herba biasa.

Oleh itu, dengan mengamalkan perubatan elektronik, oksigen juga mampu sampai ke organ-organ pesakit Hemofilia sehingga organ-organ terbabit dapat menghasilkan enzim secukupnya serta berfungsi seperti sediakala.Ubat yang kami bekalkan juga sangat cepat bertindak sehingga setiap sel-sel dan urat saraf yang tersumpat dapat dibersihkan supaya oksigen dapat menembusinya.

Apabila sel-sel, imun sistem dan urat saraf berfungsi dengan baik, maka organ-organ tubuh juga dapat menghasilkan enzimnya secara semulajadi sehingga segala anasir luar dan kuman jahat dapat disingkirkan.

Kesimpulannya, mereka yang mengidap Hemofilia digalakkan meminum air sebanyak mungkin supaya dapat melancarkan sistem peredaran darah.Disamping itu, pengidap thalasemia digalakkan membuat rawatan ‘Live Auto-Nosode’ yang bertujuan memancarkan gelombang elektromagnetik secara langsung untuk memperbaiki sistem imun, menguatkan antibodi dan memperbaiki hemoglobin yang cacat dan rosak.

Oleh kerana penyakit hemofilia adalah penyakit keturunan dan warisan, jika anda mendapat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik, anda akan dibekalkan ubat yang dikenali sebagai 'Genetic Cleansing’ yang berfungsi merawat dan mengelakkan penyakit keturunan.



Artikel Terkait:

Pesan Untuk Pengunjung

Jangan lupa sholat, beramal sholeh, dan zakat - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Ilmu tidak bisa di dapat dengan badan yang santai

link otomatis